All in Post Article WooCommerce Tingkatkan Jualan dengan Link Terus ke Checkout WooCommerce!

Tingkatkan Jualan dengan Link Terus ke Checkout WooCommerce!

Bagaimana untuk Mencipta Link Terus ke WooCommerce Checkout? Kadang-kadang, anda perlu mencipta link terus ke WooCommerce checkout atas beberapa sebab. Mungkin anda mahu pelanggan lebih fokus pada apa yang mereka beli tanpa perlu pergi ke halaman lain seperti cart.

Link ini juga lebih berkesan jika digunakan pada halaman jualan atau dikenali sebagai Sales Page. Anda boleh meletakkan link ini pada butang pesanan atau tempah sekarang atau butang ‘checkout’. Apabila prospek anda klik butang pesanan tersebut, mereka akan terus pergi ke WooCommerce checkout untuk membuat pembayaran. Teknik ini dapat meningkatkan kadar peningkatan jualan anda dan kelihatan lebih profesional untuk digunakan pada halaman jualan.

Mari saya tunjuk bagaimana cara untuk buat link terus ke checkout WooCommerce!

Langkah 1: Cari ID Produk

Untuk mencari ID produk, navigasi ke Products >>> All Products. Cari produk anda dan kemudian letakkan kursor tetikus pada produk tersebut. Anda akan melihat ID produk di sini.

Langkah 2: Cipta Link

Ini adalah link untuk terus ke halaman checkout >>> www.yourdomain.com/checkout/?add-to-cart=ID

Tukar bahagian yang dihighlight oren dengan nama domain anda, dan tukar bahagian yang dihighlight hijau dengan ID produk anda.

Contohnya, link penuh yang anda akan dapat sepatutnya seperti ini >>> www.yourdomain.com/checkout/?add-to-cart=1127

Langkah 3: Copy and Paste

Selepas selesai, copy keseluruhan URL tersebut dan paste di tempat yang anda ingin letakkan.

Itu sahaja.

Mudah, kan?

Kesimpulan

Dalam artikel ini, anda telah mempelajari cara untuk mencipta link terus ke halaman checkout dalam WooCommerce.

Discussions

    Comments are closed

    Stay in the loop

    Get our latest timely updates, tips, and expert opinions covering everything from digital marketing strategies to web development hacks. Our posts are designed to inspire, inform, and keep you at the forefront of the ever-evolving digital world.

    Read more

    Follow @harizhalimco on Social Media
    Copyright © Hariz Halim & Company
    All Rights Reserved. Crafted with Love by Team Hariz
    Hariz Design (201803249881)
    Generic selectors
    Exact matches only
    Search in title
    Search in content
    Post Type Selectors
    post