Kami membina website perniagaan (Corporate), landing page, portfolio, blog, dan website kedai online (eCommerce) asas. Kebanyakan projek dibina menggunakan WordPress, namun kami juga menyediakan solusi kustom mengikut keperluan anda.
Anda digalakkan menyediakan konten sendiri (teks, gambar, logo). Jika anda belum memilikinya, kami boleh bantu dengan susunan konten asas atau memberi panduan tentang apa yang diperlukan.
Ya. Semua website yang kami bina adalah fully responsive dan dioptimumkan untuk paparan desktop, tablet, dan telefon pintar.
Ya. Kami boleh menyediakan domain dan hosting. Domain .com disertakan secara percuma. Untuk sambungan domain lain (seperti .net, .org, .my, dll.), caj tambahan mungkin dikenakan bergantung pada ketersediaan dan harga semasa.
Ya. Kami boleh mengubah suai atau menambah baik website sedia ada anda supaya nampak lebih moden, lebih laju, dan lebih mudah digunakan oleh pelawat.
Tempoh projek bergantung pada saiz dan keperluan website. Kebanyakan website standard mengambil masa 3–7 hari selepas kami menerima semua maklumat lengkap. Dalam situasi tertentu, tempoh mungkin bertambah 1–2 hari bergantung pada tahap kerumitan atau proses semakan (revisions).
Ya. Anda boleh mengubah teks, gambar, dan halaman dengan mudah tanpa memerlukan kepakaran teknikal (terutamanya untuk website berasaskan WordPress).
Tetapan SEO asas (on-page) sudah disertakan (struktur mesra SEO, optimasi kelajuan, dan tetapan asas). Untuk SEO yang lebih mendalam (Advanced SEO), ia boleh ditambah sebagai servis tambahan.
Jumlah semakan bergantung pada pakej yang anda pilih. Sila rujuk butiran pakej untuk melihat had semakan yang dibenarkan.
Anda perlu menyediakan:
Tujuan/Matlamat website.
Contoh design atau website rujukan yang anda suka.
Senarai halaman & fungsi yang diperlukan.
Akses domain/hosting (jika sudah ada).
Konten (jika sudah sedia).